Taklimat Keselamatan Siber Dan Advokasi Di Sk Rantau Panjang, Sibu

18 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 January 2020, Pusat Internet Kg. Bandong telah menganjurkan Taklimat Keselamatan Siber Dan Advokasi di Sk Rantau Panjang Sibu. Program ini berlangsung pada pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi dan bertempat di bilik komputer sekolah tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta program melalui sesi soal jawab advokasi.

Beberapa staf dari Pusat Internet yang terdekat seperti Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang dan Pusat Internet Rantau Panjang juga turut serta dalam menjayakan program ini. Seramai 49 orang pelajar tahun 5 dan 5 orang guru terlibat sama dalam program ini. Program yang dijalankan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Pusat Internet, Advokasi, Oversharing, maklumat palsu, buli siber dan keselamatan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali